MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERASMIAN KLINIK KESIHATAN RELAU (JENIS 6) DI PULAU PINANG

2 Mei 2025- Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah melawat dan merasmikan Klinik Kesihatan Relau (Jenis 6) dengan menandatangani plak perasmian.

Latar belakang Klinik Kesihatan (KK) Relau:

  • Fasiliti asal adalah sebuah Klinik Desa yang beroperasi sejak tahun 1957 di Lot 242 di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan
  • Pada 15 Oktober 2019, pembinaan projek Klinik Kesihatan Relau (Jenis 6) baru dimulakan dan projek ini siap dibina pada 30 November 2021.
  • Mula beroperasi penuh pada bulan Mei 2024.

Perkhidmatan Kesihatan yang ditawarkan:

  • Rawatan Pesakit luar
  • Klinik Kesihatan Ibu & Anak
  • Klinik Wanita Sihat
  • Lawatan Rumah ke Rumah
  • Jumlah kedatangan pesakit adalah di antara 160 hingga 220 orang sehari.
  • Jumlah penduduk setempat seramai 39, 040 orang.

Lawatan ini bertujuan :

  • Merasmikan Klinik Kesihatan
  • Mengenalpasti keperluan semasa pengoperasian klinik.

Manfaat lawatan ini:

  • Meninjau sendiri tahap perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.
  • Beramah mesra bersama petugas kesihatan.
  • Menyantuni pengunjung fasiliti kesihatan.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mangambil cakna dan terus berusaha pertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pengunjung fasiliti kesihatan.

Turut hadir;

* YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

* YB Dato Azrul Mahathir bin Aziz, ADUN Bayan Lepas

* YBrs. Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM

* YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang

* YBhg Dato’ Rosli bin Halim, Pegawai Daerah Barat Daya

* YBrs Dr Fazilah binti Mydin, Pegawai Kesihatan Daerah Barat Daya

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-05-06 15:08:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page