2 Mei 2025- Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah melawat Klinik Kesihatan Bayan Baru (Jenis 3), Pulau Pinang.
- Latar belakang Klinik Kesihatan (KK) Baru:
Fasiliti asal adalah sebuah Klinik Desa yang beroperasi sejak tahun 1957 di Lot 242 di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan. Pada 1 Julai 1999, pembinaan projek Klinik Kesihatan Bayan Baru (Jenis 3) baru dimulakan dan projek ini siap dibina pada 5 Mei 2001. Mula beroperasi penuh pada bulan September 2001.
Perkhidmatan Kesihatan yang ditawarkan:
- Rawatan Pesakit luar
- Klinik Kesihatan Ibu & Anak
- Klinik Wanita Sihat
- Lawatan Rumah ke Rumah
Perkhidmatan Kesihatan Tambahan adalah:
- Perkhidmatan Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat (Extended Hours Clinic)
- Perkhidmatan Kesihatan Remaja
- Perkhidmatan Sexually Transmitted Infection (STI) Friendly Clinic
- Perkhidmatan Penjagaan Luka
- Perkhidmatan Domisiliary
- Pemeriksaan Perubatan Kes Pemerdagangan Manusia
- Jumlah kedatangan pesakit adalah di antara 160 hingga 220 orang sehari
- Jumlah penduduk setempat seramai 39, 040 orang.
Lawatan ini bertujuan :
- Mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit.
Manfaat lawatan ini:
- Meninjau sendiri tahap perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan
- Beramah mesra bersama petugas kesihatan
- Menyantuni pengunjung fasiliti kesihatan
- Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mangambil cakna dan terus berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dialami oleh petugas kesihatan dan terus memberi keselesaan kepada pengunjung fasiliti kesihatan.
Turut hadir;
* YBrs. Dr Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM
* YB Tuan Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
* YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-06 15:17:24 daripada UKK Norhanita








 ,PULAU PINANG/2.jpg)
 ,PULAU PINANG/3.jpg)
 ,PULAU PINANG/4.jpg)
 ,PULAU PINANG/5.jpg)

