3 Mei 2025- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Program Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) Zon Tengah di Kuala Selangor.
- Antara pengisian program ialah ceramah kesedaran TOBaTS, pemeriksaan kesihatan percuma serta sesi lawatan walkabout ke premis klinik dan farmasi di sekitar Taman Bendahara, Kuala Selangor. Dalam sesi tersebut, YB Menteri Kesihatan turut mengedarkan poster kempen TOBaTS kepada pemilik premis untuk dijadikan bahan rujukan dan advokasi kepada masyarakat setempat.
- Program Kembara TOBaTS yang julung kali diadakan ini adalah hasil daripada Kempen TOBaTS yang dilancarkan pada tahun 2024.
- Kempen TOBaTS merupakan sebuah kempen advokasi dan pendidikan pengguna yang dilaksanakan oleh KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) dalam usaha membanteras isu penjualan dan penggunaan ubat tidak sah di negara ini.
- Terma “Ubat Tidak Sah” merangkumi lima (5) komponen utama kesalahan dalam pembekalan ubat-ubatan yang sering dikesan oleh BPF iaitu:
- Ubat tidak berdaftar dengan KKM;
- Ubat tiruan (counterfeit);
- Ubat yang dicampur dengan bahan atau racun terlarang;
- Ubat yang diperoleh daripada sumber tidak sah;
- Ubat yang diimport tanpa kelulusan KKM.
- Pada tahun 2023, sebanyak 20,157 perkara melibatkan produk ubat-ubatan, kosmetik dan bahan mentah telah dirampas, dengan nilai hampir RM24.8 juta. Jumlah ini meningkat pada tahun 2024 kepada 21,571 perkara, dengan nilai rampasan mencecah RM37.5 juta diseluruh negara.
- Pastikan setiap produk mempunyai nombor pendaftaran ‘MAL’ dan pelekat keselamatan Hologram FarmaTag. Semakan juga boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi FarmaChecker.
- Maklumat lanjut mengenai Kempen TOBaTS ini boleh dicapai di laman sesawang https://pharmacy.moh.gov.my/tobats.
Turut hadir:
* YBrs. Dr. Azuana binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi)
* YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
* YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-07 09:14:19 daripada UKK Norhanita








 ZON TENGAH/1.jpg)
 ZON TENGAH/2.jpg)
 ZON TENGAH/4.jpg)
 ZON TENGAH/5.jpg)
 ZON TENGAH/6.jpg)
 ZON TENGAH/7.jpg)

