MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Penambahbaikan Laluan Kerjaya

Penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian Dan Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia 

Y.A.B Perdana Menteri pada 9 Mac 2010 semasa menyampaikan amanatnya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah mengumumkan penambahbaikan Laluan Kerjaya Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempercepatkan tempoh kenaikan pangkat ke Gred 54 antara 2 hingga 5 tahun. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.  Usaha murni ini dilaksanakan menerusi penyediaan prasarana kesihatan yang baik dan pembangunan modal insan yang mantap.  Dalam hubungan ini, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya (career path) pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di KKM.

 

Penambahbaikan Laluan Kerjaya

Kerajaan telah mengkaji dan menyediakan pelan Laluan Kerjaya untuk Pegawai Perubatan secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya Pegawai Perubatan bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.  Pelan Laluan Kerjaya ini turut dipanjangkan kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
 

Pelan Laluan Kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi adalah seperti berikut:

 

  table  

 

 

SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LALUAN KERJAYA BAGI TIGA SKIM UTAMA (UD, UG, UF) KKM

 

  1. Berdaftar Penuh Dengan MMC, disahkan dalam perkhidmatan & tamat posting ke-6 serta berkhidmat selama 2 tahun atau mana terkemudian bagi kenaikan pangkat ke Gred UD44
  2. Cukup tempoh perkhidmatan yang melayakkan
  3. Bebas daripada tindakan tatatertib
  4. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (LNPT 3 tahun dan wajaran 80% ke atas)
  5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan
  6. Melepasi Tapisan Keutuhan & Mengisytiharkan Harta
  7. Bebas daripada pinjaman tegar

 

Pertanyaan lanjut mengenai penambahbaikan Laluan Kerjaya ini, boleh berhubung terus dengan Unit Naik Pangkat Profesional 3, Bahagian Sumber Manusia di talian seperti berikut:

 

Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan NPP

03-8883 2707

 

Ketua Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 3716

 

Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 3224

 

Penolong Setiausaha Unit NPP3

03-8883 2822

 

Penolong Pegawai Tadbir NPP3

03-8883 2802

 


  •  
  • Print
  • Email this page