8 Mei 2025- Malaysia terus mengukuhkan peranan sebagai hab penyelidikan klinikal serantau menerusi CRM Trial Connect 2025 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama-sama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sawarak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Disertai oleh lebih 1,000 peserta dari 140 organisasi
3 Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara CRM dan:
• Gilead Sciences
• Hospital Universiti Kyushu, Jepun
• BP Healthcare
- CRM juga telah menjalankan lebih 2,500 kajian klinikal tajaan industri sejak 2012, termasuk dalam bidang kanser, penyelidikan awal fasa dan kajian First-in-Human.
- Ekosistem penyelidikan ini telah menyumbang lebih RM1.5 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan menjana lebih 3,000 pekerjaan berkemahiran tinggi.
Sebagai Pengerusi #ASEAN2025, Malaysia berada di barisan hadapan untuk membawa Asia Tenggara ke pentas dunia dalam penyelidikan klinikal.
Selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI: Kemampanan, Keyakinan dan Kesejahteraan rakyat melalui inovasi dan kecemerlangan saintifik.
#CRMTrialConnect2025 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-09 15:55:17 daripada UKK Norhanita













