11 Mei 2025 — Program Madani Rakyat 2025 Sabah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Usai Majlis Perasmian Penutup, Ketua Setiausaha KKM, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad meluangkan masa untuk melawat reruai utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khemah Perkhidmatan KKM dan Perkhidmatan Bergerak KKM.
YBhg Dato’ Sri KSU menyantuni pengunjung dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan PMR kali ini.
Sepanjang program berlangsung dari 9 hingga 11 Mei 2025, seramai 8,549 pengunjung telah direkodkan hadir ke Program Madani Rakyat 2025 Sabah. Pecahan harian pengunjung adalah seperti berikut:� 11 Mei 2025 – 3,389 orang� 10 Mei 2025 – 3,268 orang� 9 Mei 2025 – 1,892 orang
Antara aktiviti yang paling mendapat perhatian ialah:
- Program Latihan di ILKKM - 1,677 orang
- Reruai Utama ANMS – 1,186 orang
- “Jom Saring! Ketahui Status Kesihatan Anda” – 1,092 orang
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir ke reruai utama, khemah perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan bergerak KKM sepanjang program ini berlangsung, Best Bah urang Sabah.
Turut hadir mengiringi YBhg Dato’ Sri KSU adalah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, YBRs Dr Maria Suleiman.
#ProgramMadaniRakyat #PMR2025Sabah #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-05-13 09:35:05 daripada UKK Norhanita
















