11 Mei 2025- Hospital Tawau telah mula beroperasi pada tahun 1922. Ia juga dikenali sebagai Hospital Silimpompon. Hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat awam antaranya ialah perubatan dalaman, pembedahan am, ortopedik, pergigian dan lain-lain.
- Terletak kurang 1 km dari pusat bandar Tawau. Pada masa ini, bangunan Hospital Tawau terdiri daripada bangunan Wad Lama, bangunan Poliklinik dan bangunan Wad Baru.
- Menjadi pusat rujukan Hospital sebelah Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Negara bersebelahan iaitu Indonesia.
- Memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta penduduk.
Hospital Tawau merupakan Hospital Pakar Major dan Ketua Kluster bagi hospital-hospital di Pantai Timur Sabah yang menawarkan kepakaran dalam bidang-bidang:
- Perubatan Am, Bedah, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Psikiatri, Anestesiologi, Oftalmologi, ENT, Radiologi, Patologi, Forensik, dan lain-lain.
Peningkatan kapasiti katil:
- 1968: 271 katil
- 2004: 401 katil
- 2024: 585 katil (kini)
Aspirasi & Halatuju Menjelang 2030:
- Menjadi Hospital Negeri Kategori 1 (ACE)
- Transformasi ke arah Hospital Pintar
- Sasaran penghapusan TB Pantai Timur Sabah menjelang 2035.
- Menuju ke arah Hospital Hijau & Neutral Karbon menjelang 2045.
Hospital Tawau komited memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Sabah Timur melalui pembangunan kapasiti, peningkatan fasiliti dan kepakaran, serta menyokong agenda kesihatan nasional secara bersepadu.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-13 09:56:16 daripada UKK Norhanita













