15 Mei 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Bangunan Baharu Klinik Kesihatan Bingkor, Keningau Sabah.
Klinik yang berkeluasan 3 ekar dan menawarkan perkhidmatan kepada 26,000 penduduk sekitar ini awalnya dikenali sebagai Dispensari Bingkor yang telah dirasmikan pada 26 Mac 1972.
Kini bangunan klinik yang baharu telah mula dibina pada 1 April 2024 dan siap pada November 2024 akan memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Kesihatan Bingkor;
- Perkhidmatan Kesihatan Primer
- Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak
- Perkhidmatan Farmasi
- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
- Saringan Kanser Kolorektal dan lain-lain program yang melibatkan komuniti setempat.
Untuk rekod, sebanyak 35 klinik daif di Sabah telah dirobohkan untuk bina baharu sehingga Mei 2025.
Turut hadir:
- YBrs Dr. Maria Suleiman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
- YB Datuk Arlinsia Agang
Setiausaha Politik mewakili YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1, Merangkap Ahli Parlimen Keningau
- YDH DSP Alizan bin Hj Dalaman, Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau
- YBrs Dr. Wan Ahmad Razman bin Wan Abd Salim, Timbalan Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM
- YBrs Dr. Valentine@Japulee Gantul, Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-16 16:39:07 daripada UKK Norhanita













