YB Datuk Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan seterusnya mengadakan lawatan kerja ke Hospital Keningau.
Hospital Keningau ditubuhkan pada 2004, menyediakan perkhidmatan kepada lebih 197,000 penduduk Keningau; turut bertindak selaku Hospital Kluster kepada Hospital Tambunan dan Hospital Tenom.
YB Timbalan Menteri diberi taklimat oleh Pengarah Hospital Keningau dan menyantuni kakitangan serta para pesakit.
Beliau turut meninjau kemudahan yang tersedia dan antara lokasi yang dilawati beliau;
- Wad Pediatrik
- Wad Perubatan dan Psikiatri
- High Dependency Ward
- Wad Transfusi Darah
- Perkhidmatan MRI, CT Scan
- Jabatan Kecemasan
Turut hadir :
- YBrs Dr. Maria Suleiman Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
- YBrs Dr. Ridwan bin Hashim
Pengarah Hospital Keningau
- YBrs Dr. Wan Ahmad Razman bin Wan Abd Salim
Timbalan Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM
- YBrs Puan Jasnawati binti Jasmin
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-19 09:03:59 daripada UKK Norhanita














