15 Mei 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja ke Wellness Hub Keningau.
Wellness Hub dikenali sebagai Pusat Kesihatan Komuniti Setempat (PKKS) pada 2016. Namun pada 1 April 2020, ia ditukar fungsi kepada wellness hub. Ia juga memanfaatkan seramai lebih 400,000 orang penduduk di Keningau yang melibatkan 5 daerah.
Selain Keningau, Wellness Hub turut mengadakan outreach di daerah lain mengikut permintaan dengan program aktiviti fizikal, senamrobik, dan saringan kecergasan.
Perkhidmatan yang ditawarkan;
- 13 pakej perkhidmatan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat
- Antara yang ditawarkan adalah runding cara hidup sihat, program pengurusan berat badan, saringan faktor risiko kesihatan
- Libat urus bersama rakan strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan turut melatih masyarakat menjadi ejen kesihatan komuniti melalui program My CHAMPION
Kemudahan dan Fasiliti yang disediakan;
- Gimnasium
- Lantai senaman
- Bilik serbaguna MyCHAMPION
- Ruang saringan faktor risiko kesihatan
YB Timbalan Menteri Kesihatan turut meluangkan masa bersama kakitangan dan komuniti setempat pada Program Jom Sihat Bersama Komuniti di kawasan Wellness Hub Keningau dengan aktiviti senamrobik.
Turut hadir:
* YBrs Dr. Maria Suleiman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
* YBrs Dr. Wan Ahmad Razman bin Wan Abd Salim, Timbalan Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM
* YBrs Dr. Valentine@Japulee Gantul, Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-19 10:01:42 daripada UKK Norhanita














