21 Mei 2025 - Malaysia terus komited memperkukuh sistem kesihatan negara
Kerjasama strategik dengan Mesir bakal membawa impak positif kepada perkhidmatan kesihatan negara, khususnya melalui:
- Peningkatan Kualiti dan Akses Perkhidmatan Kesihatan:
* Pemerkasaan perkhidmatan kesihatan primer (PHC) dan pendigitalan melalui temujanji dalam talian serta rekod perubatan elektronik (EMR) akan meningkatkan kecekapan dan aksesibiliti perkhidmatan.
- Pengukuhan Usaha Pencegahan dan Promosi Kesihatan:
* Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Kertas Putih Kesihatan memberi penekanan kepada pencegahan penyakit dan pembudayaan gaya hidup sihat dalam komuniti.
- Perkongsian Kepakaran dan Inovasi Rawatan:
* Kolaborasi antarabangsa ini membuka ruang perkongsian ilmu, amalan terbaik dan inovasi terkini dalam bidang perubatan, kejururawatan, serta rawatan penyakit termasuk penyakit jarang jumpa dan Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD.
Kesihatan rakyat adalah keutamaan kami
#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-23 10:27:18 daripada UKK Norhanita













