21 Mei 2025 -Malaysia terus mengukuhkan komitmen dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dan komprehensif.
Selaras dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan, kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk dengan negara luar seperti Iran menjadi pemangkin dalam usaha transformasi landskap kesihatan Malaysia.
Melalui kerjasama dua hala ini, manfaat berikut disasarkan:
- Akses kepada Pengetahuan dan Teknologi Perubatan Terkini:
* Kerjasama ini membuka ruang bagi perkongsian pengetahuan dalam sektor farmaseutikal, aplikasi teknologi perubatan dan amalan klinikal yang cemerlang. Kepakaran Iran, misalnya dalam program transplantasi organ, berpotensi meningkatan mutu rawatan di Malaysia.
- Peningkatan Kepakaran Petugas Kesihatan:
* Petugas kesihatan negara akan memperoleh manfaat signifikan melalui program pertukaran kepakaran, latihan bersama dan penyelidikan kolaboratif. Sumber manusia kesihatan yang berkemahiran tinggi merupakan tonggak utama sistem kesihatan yang berdaya tahan dan efisien.
- Pengukuhan Inisiatif Kesihatan Awam dan Kesejahteraan Holistik:

* Kolaborasi dalam penyelidikan kesihatan awam, bidang nutrisi dan pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases, NCD) adalah signifikan dalam membentuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan produktif.
Setiap inisiatif kerjasama ini merupakan pelaburan strategik demi masa hadapan kesihatan negara ![]()
#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-05-22 15:06:15 daripada UKK Norhanita












