21 Mei 2025- Malaysia telah menjadi penganjur bersama acara sampingan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) pada 20 Mei 2025. Sesi ini menggariskan komitmen negara terhadap kemajuan perubatan tradisional sebagai komponen integral UHC demi kesejahteraan semua.
Inisiatif Kerajaan dalam aspek ini adalah signifikan kerana ia bakal menyumbang kepada:
- Peningkatan Keselamatan dan Jaminan Kualiti Perkhidmatan dan Produk Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)
* Penguatkuasaan sepenuhnya Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775] memastikan pengamal PT&K diregulasi dan produk PT&K memenuhi piawaian keselamatan serta kualiti, seterusnya meningkatkan keyakinan dan perlindungan pengguna.
- Integrasi Strategik PT&K dalam Sistem Kesihatan Nasional Berteraskan Bukti (Evidence-Based)
* Perkhidmatan PT&K terpilih diintegrasikan secara berperingkat ke dalam fasiliti kesihatan awam, berlandaskan garis panduan amalan klinikal yang komprehensif. Aplikasi Modul Perubatan Tradisional Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD)-11 turut memperkukuh penyeragaman diagnosis, bagi memastikan PT&K berupaya melengkapi perubatan konvensional secara lebih efektif dan sinergistik.
- Pemuliharaan Warisan Ilmu Perubatan Tradisional dan Kelestarian Biodiversiti Nasional.
* Malaysia komited terhadap pemuliharaan ilmu perubatan tradisional warisan turun-temurun, termasuk perubatan orang asli, beserta khazanah biodiversiti. Langkah ini adalah bagi menjamin kelestarian warisan budaya kesihatan negara untuk diwariskan kepada generasi mendatang.
Adalah menjadi harapan agar perubatan tradisional dapat memberikan sumbangan signifikan kepada tahap kesihatan rakyat dan pembentukan masa hadapan yang lebih inklusif, selaras dengan hala tuju Strategi Perubatan Tradisional WHO 2025-2034.
#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-22 16:04:29 daripada UKK Norhanita








 /1.jpg)
 /2.jpg)

