MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MALAYSIA KOMITED MEMANTAPKAN KESINAMBUNGAN PENJAGAAN KESIHATAN DEMI LIPUTAN KESIHATAN SEJAGAT (UNIVERSAL HEALTH COVERAGE,UHC)

21 Mei 2025- Malaysia telah menyatakan komitmen yang tinggi di acara sampingan Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) pada 20 Mei 2025, berkenaan pemantapan kesinambungan penjagaan kesihatan.

Bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh dan pada bila-bila masa, tanpa mengalami kesulitan kewangan pelbagai inisiatif strategik Kerajaan telah dilakukan antaranya:

  • Pewujudan Akses Kesihatan Komprehensif dan Ekuiti kepada Segenap Lapisan Masyarakat 

* Majoriti isi rumah (<5km) kini mempunyai aksesibiliti kepada fasiliti kesihatan awam dan swasta. Kerajaan secara konsisten berusaha merapatkan jurang aksesibiliti, khususnya bagi komuniti di kawasan pedalaman dan kumpulan rentan.

  • Pemerkasaan Penjagaan Kesihatan Primer (PHC) dan Pelaksanaan Transformasi Digital 

* PHC merupakan asas dalam sistem penyampaian kesihatan negara. Pelaburan dalam PHC terus dipertingkatkan dan pelaksanaan transformasi digital menerusi sistem ‘Satu Individu, Satu Rekod’ dengan aplikasi Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di semua fasiliti kesihatan.

  • Pengukuhan Petugas Kesihatan dan Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti 

* Inisiatif ini bertujuan untuk menangani isu kekurangan serta maldistribusi tenaga kerja yang berkemahiran bagi menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Malaysia komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi, saksama, berdaya saing dari segi kos, serta mudah diakses oleh seluruh lapisan masyarakat.

#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja

image image

Kemaskini pada 2025-05-22 16:25:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page