MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN GARIS PANDUAN AMALAN KLINIKAL (CPG): PENGURUSAN DISFUNGSI EREKTIF

21 Mei 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG): Pengurusan Disfungsi Erektil (Erectile Dysfunction) di Putrajaya.

Fakta Penting Tentang Disfungsi Erektil (ED):

  • Masalah kesihatan lelaki yang prevalen dan boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit serta pasangan.
  • Berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular dan boleh jadi petanda awal masalah vaskular.
  • Kajian tempatan 2011: 69.5% lelaki berumur 40–79 tahun mengalami ED.
  • NHMS 2019: 31.6% lelaki dewasa Malaysia mengalami ED tahap sederhana hingga teruk.
  • Stigma masyarakat menyukarkan pesakit untuk tampil mendapatkan rawatan.

Manfaat Garis Panduan Klinikal (CPG) ini:

  • Pendekatan berteraskan bukti saintifik dan sistematik.
  • Menyediakan algoritma rawatan, cadangan klinikal & garis panduan untuk pengamal kesihatan.
  • Memberi fokus kepada penggunaan sumber yang optimum, selamat dan berkesan.

Harapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

  • Semua pengamal kesihatan dapat mengguna pakai CPG ini secara menyeluruh.
  • Masyarakat lebih terbuka dan cakna tentang ED tanpa prejudis.
  • Rawatan yang berkualiti, efektif dan selamat dapat diberikan kepada semua pesakit lelaki yang memerlukan.

Pelancaran ini selaras dengan nilai Malaysia MADANI, kesejahteraan rakyat melalui akses rawatan yang menyeluruh, tanpa mengira jenis penyakit. Kesihatan seksual adalah sebahagian daripada kesejahteraan menyeluruh. Jangan biarkan stigma menjadi penghalang, tampil untuk rawatan!

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-05-23 10:53:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page