21 Mei 2025- Kerjasama antara Malaysia dan Palestin dalam bidang kesihatan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan dua hala, tetapi membawa banyak manfaat kepada kedua-dua negara.
Antara manfaat utama yang disasarkan
- Perkhidmatan Kesihatan Lebih Baik dan Cekap!
Matlamat utama adalah untuk mentransformasikan kaedah rawatan terutamanya dalam pendigitalan perkhidmatan (temujanji dalam talian, rekod perubatan elektronik) supaya urusan pesakit lebih mudah, cepat dan kurang masa menunggu.
- Fokus Kepada Pencegahan dan Gaya Hidup Sihat!
Melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit, terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis dan sakit jantung, akan diperkasakan.
- Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Antarabangsa!
Malaysia akan berkongsi kepakaran dan pada masa yang sama belajar daripada pengalaman Palestin, contohnya dalam pengurusan krisis kesihatan seperti wabak polio.
Kerjasama ini adalah langkah penting untuk memastikan kesihatan rakyat terus terjaga dan sistem penjagaan kesihatan negara mengikut keperluan semasa.
Kesihatan anda, keutamaan kami! ![]()
#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-23 11:17:03 daripada UKK Norhanita











