MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MALAYSIA MEMIMPIN INISIATIF KESIHATAN PARU-PARU GLOBAL DI WHA78

22 Mei 2025- Di WHA78 Malaysia memacu Resolusi Kesihatan Paru-Paru Bersepadu (Lung Health Initiative, LHI)!

Satu matlamat demi kesihatan awam global disokong kuat oleh 14 negara penaja bersama: Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Colombia, Egypt, Ghana, Guatemala, Kuwait, Palestine, Qatar, Romania, Russia, Thailand, dan Vanuatu. Satu bukti untuk menunjukkan kesihatan paru-paru adalah keutamaan!

Manfaat untuk rakyat Malaysia?

  1. Pelan Hala Tuju Kesihatan Paru-Paru Malaysia 2025-2030 Dilancarkan! Strategi komprehensif dengan 6 teras utama untuk menyusuli langkah larangan merokok di tempat awam sejak 2019. Penjagaan menyeluruh untuk rakyat!
  2. AI untuk Saringan Awal Lebih Pantas! Teknologi X-ray + AI di Klinik Kesihatan Primer untuk kesan masalah paru-paru lebih awal & tepat. Rawatan lebih efektif!
  3. Kerjasama Erat Pelbagai Sektor Demi Rakyat! KKM, NGO, penyelidik & swasta bersatu untuk program kesedaran, kempen berhenti merokok dan intervensi kesihatan

Malaysia menyeru kesihatan paru-paru diberi keutamaan global dan diinstitusikan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO (Framework Convention on Tobacco Control, FCTC). Demi usaha global yang lebih terselaras, berimpak tinggi dan berdaya tahan!

#WHA78 #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #LungHealthInitiative #KesihatanParuParu #LHI

image image

Kemaskini pada 2025-05-23 16:10:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page