MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MERASMIKAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KE-4 MENGENAI INTEGRATIF KIMIA,BIOLOGI, TRANSLASI PERUBATAN DAN KESIHATAN (ICBTMH )2025

22 Mei 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Kimia Integratif, Biologi, Translasi Perubatan dan Kesihatan (ICBTMH) 2025 dianjurkan oleh Universiti Cyberjaya dengan kerjasama Open Knowledge Foundation, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Majlis Farmasi India.

Beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Kerjasama (MoU) antara Universiti Cyberjaya dengan Pharmacy Council of India serta KVSR Siddharta College of Pharmacy.

Berikut adalah inisiatif terkini membuktikan komitmen KKM terhadap pertumbuhan berasaskan sains:

Inisiatif Pengumpulan Data Penyelidikan Genom Kebangsaan (MyGENOM) yang dilancarkan pada Ogos 2024

Pejabat Transformasi Kesihatan (HTO) yang ditubuhkan di bawah Kertas Putih Kesihatan 2023

Pelan Induk Kesihatan Digital Negara sedang memperkembangkan MySejahtera menjadi platform kesihatan menyeluruh, yang mengintegrasikan jadual vaksinasi, program saringan, rekod perubatan elektronik asas dan memperluas perkhidmatan telekesihatan ke seluruh negara.

Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin dalam mendiagnosis penyakit, memperibadikan pelan rawatan, mengurus data pesakit, dan meramalkan trend kesihatan. Digabungkan dengan kuasa integratif kimia, biologi dan perubatan translasi, kita dapat membangunkan kaedah rawatan terkini melalui AI yang bukan sahaja berkesan malah mudah diakses.

image image image

Kemaskini pada 2025-05-23 16:16:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page