22 Mei 2025- Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kekal komited memperjuangkan agenda penyakit jarang jumpa di peringkat global
Di acara sampingan WHA78 baru-baru ini, yang bertemakan “Milestones and Momentum in Rare Diseases: 10 Years of Progress, 10 Years of Possibility”, KKM telah berkongsi pencapaian serta iltizam negara dalam memperkukuh penjagaan dan akses untuk pesakit penyakit jarang jumpa.
Selama lebih satu dekad, komuniti global telah menunjukkan apa yang mampu dicapai apabila polisi, sains dan empati digabungkan.
Antara pencapaian utama Malaysia dalam usaha ini adalah seperti berikut :
- Dana tahunan khas untuk menampung kos diagnosis dan rawatan ;
- Penubuhan National Framework for Rare Diseases secara kolaboratif sejak 2008 ;
- Garis Panduan Ubat Orphan (2020) untuk mempercepatkan akses rawatan ;
- Rare Disease Trust Fund (2022) yang digerakkan melalui derma awam ; dan
- Polisi Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan yang akan dilancarkan pada Jun 2025
KKM kekal teguh dengan prinsip kesaksamaan dan kemampanan, seiring dengan agenda ‘Leaving No One Behind’ demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan komuniti global
#WHA78 #RareDiseases #KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #LeavingNoOneBehind
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-23 16:28:23 daripada UKK Norhanita








 DI PENTAS GLOBAL/2.jpg)
 DI PENTAS GLOBAL/1.jpg)

