22 Mei 2025- Malaysia terus memperkukuh sistem kesihatan dengan pelancaran Cochrane Living Guidelines in Health 2025 Conference dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni.
“Saya berharap agar lebih ramai penyelidik ,pakar klinikal dan profesional kesihatan terlibat secara aktif dalam mengemaskini garis panduan kesihatan negara menggunakan pendekatan berpandangan ke hadapan ini, “YB Dato Lukanisman.
Konferens ini, hasil kerjasama KKM dan Cochrane Malaysia mengetengahkan pendekatan Living Guidelines — garis panduan klinikal yang dikemas kini secara berterusan berasaskan bukti terkini
Pendekatan ini terbukti berkesan semasa pandemik COVID-19 dan kini diperluas ke seluruh sistem kesihatan negara
Antara fokus utama:
- Penggunaan ulasan sistematik Cochrane sebagai sumber bukti kukuh
- Integrasi teknologi Living Evidence dalam pembangunan garis panduan
- Perkongsian strategik dengan WHO dan Cochrane Australia
- Perancangan KKM untuk membina kerangka pelaksanaan mampan di peringkat nasional
KKM komited menjadikan pendekatan ini sebagai model rujukan serantau dan global dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-26 14:04:36 daripada UKK Norhanita














