23 Mei 2025- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-28 Persatuan Transplantasi Malaysia (Malaysia Society of Transplantation) di Damansara.
Persatuan Transplantasi Malaysia (MST) ditubuhkan sejak tahun 1994 dan menjadi tunjang kepada pembangunan profesional, advokasi dasar, dan penglibatan komuniti dalam bidang pemindahan.
Sempena Sambutan Jubli Emas ke-50 tahun Pemindahan; Malaysia telah menyaksikan perkembangan unit-unit pemindahan di hospital awam dan swasta, penubuhan badan pengawalseliaan dan etika, serta kemajuan berterusan dalam terapi imunosupresif dan teknik pembedahan.
Komitmen Kerajaan:
- Memperkukuh Pusat Sumber Pemindahan Nasional dan menambah baik penyelarasan rangkaian pemindahan di seluruh negara
- Melabur dalam pembangunan kapasiti, termasuk para doktor, jururawat, penyelaras pemindahan dan profesional kesihatan bersekutu
- Terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk meneruskan legasi menyelamatkan nyawa
Turut hadir:
* YBrs Dr. Mohamad Zaimi bin Abdul Wahab, Presiden Persatuan Pemindahan Malaysia (MST)
* YBrs Profesor Madya Dr. Maisarah binti Jalalonmuhali, Pengerusi Penganjuran Mesyuarat Saintifik Tahunan Ke-28 Persatuan Pemindahan Malaysia
* YBrs Dr. Haniza Omar, Timb. Presiden Persatuan Transplantasi Malaysia (MST)
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MadaniBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-26 14:14:01 daripada UKK Norhanita














