24 Mei 2025- Seminar sulung MRTS 2025 yang dirasmikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka menghimpunkan profesional radioterapi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Seminar ini menjadi platform penting untuk kerjasama, perkongsian ilmu dan inovasi dalam rawatan kanser.
Objektif Seminar:
- Fokus kepada teknologi moden dan penjagaan pesakit berpusatkan manusia.
- Ditekankan peranan radiation therapist dalam sistem rawatan negara.
- Seruan kepada pendaftaran profesional di bawah Akta 774.
Komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Memperkasa radiation therapist melalui dasar, latihan dan pengiktirafan.
- Menyokong inovasi rawatan sejajar dengan Pelan Strategik Onkologi dan Radioterapi.
MRTS 2025 membuka lembaran baru kepada pengiktirafan dan pembangunan profesion Juru X-ray Terapi, sejajar dengan matlamat Malaysia MADANI dalam meningkatkan kualiti kesihatan rakyat.
Turut hadir:
* YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abd. Azis, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka
* YBhg Datuk Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-26 14:23:31 daripada UKK Norhanita















