24 Mei 2025- Konvensyen Jurulatih Utama Cara Hidup Anda Terbaik atau JU C-HAT Peringkat Kebangsaan 2025 telah menghimpunkan seramai 150 peserta dari kalangan jurulatih, guru dan ibu bapa di Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Ia menjadi landasan bagi memperkasa pelaksanaan aktiviti pemakanan khususnya membendung masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah.
Antara inisiatif:
- Pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kalangan murid melalui Program Cara Hidup Anda Terbaik (C-HAT)
- PIBG, Komuniti dan Swasta dilantik sebagai Jurulatih Utama (JU) sebagai sukarelawan di sekolah
- Persatuan CAKNA Sihat Malaysia turut terlibat dalam memastikan agenda amalan pemakanan sihat di sekolah berjaya
YB Timbalan Menteri turut menyampaikan Anugerah JU Terbaik sebagai penghargaan kepada JU yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai aktiviti intervensi berkaitan amalan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.
Manakala Anugerah bagi kategori Sekolah Contoh Intervensi Sihat pula diberikan kepada sekolah yang mencapai sasaran dari segi penurunan berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (BMI) menerusi pelaksanaan Projek Intervensi Obesiti (C-HAT) di Sekolah.
Turut hadir;
- YBrs. Dr. Juanita Vasquez Escallon, Chief of Social Policy, UNICEF Malaysia;
- YBhg. Dato Dr Norsiah binti Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM
- YBrs Puan Rusidah binti Selamat, Pengarah Bahagian Pemakanan, KKM
- YBrs. Puan Hajah Zaimah binti Abdul Karim, Pengerusi Persatuan CAKNA Sihat Malaysia
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-05-26 14:32:33 daripada UKK Norhanita













