26 Mei 2025- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada TYT Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Singapura. Ketibaan beliau dan delegasi disambut mesra oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama barisan Pengurusan Tertinggi KKM.
Lawatan ini menandakan satu lagi episod penting dalam hubungan erat kedua-dua negara, memfokuskan kepada peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia dan Singapura
Sorotan Lawatan dan Perbincangan Utama:
Kolaborasi Pemakanan: Inisiatif bersama untuk mempromosikan pilihan makanan lebih sihat bagi rakyat kedua-dua negara
Penjagaan Kesihatan Rentas Sempadan: Usaha mempertingkatkan kerjasama, terutamanya memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Sistem Transit Pantas (RTS). Fokus kepada penjagaan warga emas dan mobiliti tenaga kerja kesihatan
Lawatan ke Institut Kanser Negara (IKN): Delegasi Singapura diberi taklimat mengenai perkhidmatan komprehensif IKN dan melawat fasiliti utama termasuk Jabatan Perubatan Nuklear serta Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari
Hasil Positif dan Hala Tuju Masa Hadapan:
Lawatan ini berjaya mengeratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutamanya persetujuan untuk menubuhkan kumpulan kerja teknikal bersama bagi memperincikan cadangan kolaborasi yang telah dibincangkan.
Bersama kita melangkah ke arah inovasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan bersama!
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #ASEAN2025
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-05-27 10:18:59 daripada UKK Norhanita


















