MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS ZON PANTAI TIMUR.

“Ini membuktikan bahawa kartun dan lagu ceria bukan sekadar hiburan-tetapi juga medium pendidikan berkesan. Ia membina kesedaran,mencetuskan minat,mendorong keinginan  dan membentuk tindakan -selari dengan prinsip pendidikan kesihatan” -YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad

30 Mei 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perasmian Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends Zon Pantai Timur.

Pelaksanaan Program HePiLI – Health Promotion in Learning Institutions melibatkan kerjasama strategik antara KKM dan pelbagai agensi pendidikan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, KEMAS, Jabatan Perpaduan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Setakat ini, 10,000 prasekolah, tabika, sekolah rendah dan menengah telah melaksanakan Program/ Kelab Doktor Muda. Di peringkat IPT, lebih 80 institusi telah melaksanakan Program Siswa Sihat.

YB Menteri Kesihatan turut melancarkan:

  • Pakej Promosi Kesihatan HePiLI bagi Sekolah Rendah,

Menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi.

  • Pakej Resilien PEARL yang fokus kepada daya tahan diri remaja.

Program ini berupaya untuk menjadi benteng utama dalam mencegah pelbagai penyakit selaras dengan aspirasi kerajaan dan teras kedua Malaysia Madani, iaitu Kesejahteraan.

Hadir sama:

  • YBrs Dr. Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama
  • YBhg Dato Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
  • YBrs Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
  • YBhg Dato Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan
  • YBrs Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan
image image image image

 


Kemaskini pada 2025-06-05 10:24:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page