“Thalassaemia boleh dicegah.Pelaburan dalam saringan awal,pendidikan kesihatan genetik dan kaunseling bukan sekadar keperluan dasar,tetapi strategi sosial untuk kesejahteraan generasi masa depan” - YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
31 Mei 2025 - YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyempurnakan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang memberikan penekanan yang holistik terhadap kepentingan menangani penyakit genetik Thalassaemia.
Seramai 212 pesakit telah pulih melalui pemindahan sum-sum tulang, dan kadar kelahiran baharu penghidap Thalassaemia menurun sebanyak 49% dalam 12 tahun (2009–2021) hasil usaha pencegahan berterusan.
YB Menteri turut melancarkan lima dokumen utama berkaitan Thalassaemia:
- Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Program Kawalan dan Pencegahan Thalassaemia Kebangsaan 2024-2030
- Clinical Practise Guidelines Management of Thalassaemia (Second Edition)
- Garis Panduan Program Saringan Thalassaemia Kebangsaan di Penjagaan Kesihatan Primer
- Annual Report of the Malaysia Thalassaemia Registry 2022-2023
- Laporan dan Pemetaan Pembawa Thalassaemia bagi Program Saringan Thalassaemia Murid Tingkatan 4, 2017-2021
KKM akan terus komited dalam sebarang usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan demi kemaslahatan masyarakat Malaysia.
Turut hadir;
* YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
* YBrs. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan
* YBs. Dr. Saidatul Norbaya binti Buang, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
* YBrs. Dr. Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS)
* YBrs. Dr Noor Ani binti Ahmad, Pengarah Institut Kesihatan Umum
* YBrs. Dr. Mohammad Masrin bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-04 10:16:06 daripada UKK Norhanita














