4 Jun 2025 – YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, telah hadir ke program “Back To Cinema” dengan tema Sayang Paru-Paru (PaPa).
Program ini hasil kerjasama strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Komunikasi (KK) sebagai pendekatan kreatif mempromosikan kesihatan awam, khususnya dalam usaha berhenti merokok dan vape melalui medium seni visual dan filem.
Selari dengan sambutan Hari Bapa, program ini menekankan peranan lelaki sebagai pelindung dan teladan dalam keluarga bagi mencegah tabiat merokok.
KKM dan KK komited untuk:
- Meningkatkan kesedaran bahaya rokok dan vape, khususnya dalam kalangan remaja.
- Menggalakkan penghasilan kandungan kreatif tempatan yang mendidik.
- Memperkukuh kerjasama pelbagai pihak melalui filem dan seni kreatif.
Inisiatif ini sejajar dengan nilai MADANI dan komitmen KKM terhadap advokasi kesihatan berterusan dari peringkat keluarga hingga komuniti.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-12 11:55:29 daripada UKK Norhanita








./1.jpg)
./2.jpg)
./3.jpg)
./4.jpg)
./6.jpg)

