5 Jun 2025 — Sempena Sambutan Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan mencemar duli melawat Hospis Malaysia di Cheras.
Perkhidmatan penjagaan paliatif amat penting dalam sistem kesihatan negara. Ia memberi tumpuan kepada penjagaan holistik pesakit yang menghidap penyakit serius serta menyokong kesejahteraan mereka sekeluarga.
Kini, sebanyak 17 hospital KKM menyediakan perkhidmatan ini. Malah, penjagaan paliatif untuk kanak-kanak turut ditawarkan di Hospital Tunku Azizah dan beberapa Klinik Pakar Pediatrik.
Lawatan Seri Paduka Baginda ini amat bermakna, menyuntik semangat kepada para petugas kesihatan serta sukarelawan yang berdedikasi dalam bidang ini.
KKM akan terus memperkasa perkhidmatan penjagaan paliatif agar dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, selaras dengan nilai MADANI.
Turut mengiringi lawatan ini ialah YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan; Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan Dr. Ednin Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-12 12:02:10 daripada UKK Norhanita















