9 Jun 2025 — Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad merasmikan persidangan 31st APHM International Healthcare Conference and Exhibition 2025.
KKM memberi tumpuan kepada reformasi pembiayaan dan pendigitalan perkhidmatan kesihatan bagi menangani cabaran seperti:
- Penuaan populasi
- Peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD)
- Ketidakseimbangan tenaga kerja kesihatan
- Kos rawatan yang semakin tinggi
Inisiatif utama KKM:
- Pelaksanaan berfasa pembayaran Diagnosis-Related Group (DRG)
- Hospital Service Outsourcing Programme (HSOP)
- Rakan KKM – model strategik perkhidmatan nilai tambah di hospital KKM (bukan penswastaan)
- Transformasi digital – Sistem CCMS di 78 Klinik Kesihatan, 90 lagi dalam pelaksanaan; masa menunggu dikurangkan kepada bawah 30 minit
- EMR dilaksana di 22 hospital awam dan 206 klinik
- MySejahtera berkembang sebagai platform digital rawatan dan pencegahan
YB Menteri Kesihatan menyeru kerjasama sektor swasta memperluas peranan dalam saringan awal, promosi kesihatan, dan pengurusan penyakit kronik — terutama untuk golongan kurang berkemampuan.
Turut hadir;
* YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen, Bayan Baru
* YBhg. Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, KKM
* YBhg. Datuk Dr. Kuljit Singh, Presiden Association of Private Hospitals Malaysia (APHM)
* YBhg. Datuk Dr. Thirunavukarasu Rajoo, Presiden Malaysian Medical Association (MMA)
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-06-12 12:09:47 daripada UKK Norhanita












