14 Jun 2025- Sempena Hari Derma Darah Sedunia dan Jubli Perak Pusat Darah Negara, Majlis Apresiasi Penderma Darah diadakan di Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bagi:
- Menghargai penderma dan rakan strategik yang komited menyelamatkan nyawa
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah secara konsisten
- Seramai 300 orang termasuk empat penerima “Medal of Life” (lebih 500 kali menderma) hadir.
- Anugerah disampaikan mengikut kategori:Penderma Darah: 198 penerima Penganjur Derma Darah: 50 penerima Anugerah Negeri: 51 penerima
- Usaha murni ini mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai keprihatinan, kesihatan untuk semua, dan kerjasama antara rakyat dan kerajaan demi membina masyarakat penyayang, sihat dan sejahtera.
Turut hadir:
- YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
- YBhg Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM
- YBhg Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bhgn Perkembangan Perubatan KKM
- YBrs Dr. Mohammad Masrin bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-17 11:36:58 daripada UKK Norhanita













