“Program Madani Rakyat adalah paltform untuk menghubungkan pihak pelaksana,menteri,serta pegawai tinggi kerajaan dengan rakyat ,dan memberi peluang kepada mereka untuk turun padang memghulurkan bantuan secara langsung”-YAB PMX
15 Jun 2025 — Program Madani Rakyat 2025 Perak melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Lumut, Perak.
YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM turut hadir sama menyantuni semua warga kerja petugas KKM di reruai utama KKM, Khemah Perkhidmatan Kesihatan dan Klinik Pergigian Bergerak.
YBhg Dato’ Sri KSU mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan PMR kali ini.
Sepanjang program berlangsung dari 13 hingga 15 Jun 2025, seramai 24,112 pengunjung telah direkodkan hadir ke Program Madani Rakyat 2025 Perak. Pecahan harian pengunjung adalah seperti berikut:
- 13 Jun 2025 – 2,439 orang
- 14 Jun 2025 – 9,026 orang
- 15 Jun 2025 – 12,657 orang
Antara aktiviti yang paling mendapat perhatian ialah:
- Agenda Nasional Malaysia Sihat- 5,745 orang
- Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) – 3,247 orang
- Kempen Amalan Perubatan Estetik - 1,980 orang
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengunjung yang hadir ke reruai utama KKM, khemah Perkhidmatan Kesihatan dan Perkhidmatan Klinik Bergerak sepanjang program ini berlangsung Kerajaan MADANI — Untuk Rakyat!
#ProgramMADANIRakyat2025 #PMR2025Perak #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-17 11:46:34 daripada UKK Norhanita















