“Data daripada LAPB vision Atlas menunjukkan bahawa lebih 4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah penglihatan,manakala negara kita kehilangan lebih 8.5 billion ringgit setiap tahun dari segi tahun dari segi produktiviti akibat gangguan penglihatan” -YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
17 Jun 2025 — Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah melancarkan Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer bagi Profesion Optometris di Akademi Perubatan Malaysia, Putrajaya.
Antara intipati garis panduan:Modul Latihan Penjagaan Mata Dipertingkat – meningkatkan kemahiran optometris dalam pengesanan awal, pengurusan penyakit mata kronik, kecemasan dan rujukan tepat kepada pakar.Elemen Credentialing dan Privileging – memastikan hanya optometris yang layak diberikan tanggungjawab klinikal tertentu.
Komitmen KKM KKM komited memperkukuh perkhidmatan penjagaan mata termasuk inisiatif My-SPECS untuk pelajar B40 dan pelaksanaan sistem Single Window Reporting for Eye Health. Sejajar nilai MADANI, KKM terus menyediakan perkhidmatan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat. YB Menteri turut menyeru kerjasama strategik antara kerajaan, industri, akademia dan komuniti.
Turut hadir: YBhg Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), merangkap Penasihat Jawatankuasa Khas Perkhidmatan Penjagaan Mata PrimerOptometris Swasta YBrs Tuan Haji Ahmad Fadhullah bin Fuzai, Presiden Association of Malaysian Optometrists (AMO)
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-20 15:59:37 daripada UKK Norhanita














