“Klinik ini bukan sekadar tempat rawatan,tetapi juga pusat rujukan promosi dan pendidikan kesihatan untuk komuniti Kampung Nambayan dan sekitarnya”-YB Dato Lukanisman Awang Sani
18 Jun 2025 – YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan bangunan baharu Klinik Desa Nambayan di Tambunan Sabah.
Klinik Desa Nambayan kini memiliki sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan fasiliti bahagian kecemasan.
Tujuan lawatan:
- Memastikan bangunan baharu menepati keperluan penduduk
- Menilai keperluan peralatan dan penjawatan petugas kesihatan
Latar belakang:
- Siap sepenuhnya Disember 2024
- Sediakan rawatan pesakit luar, kesihatan ibu & anak, imunisasi dan warga emas
- Perkhidmatan kepada 6,000 penduduk dengan purata 14,167 pesakit setahun
Komitmen KKM dalam memperkukuh sistem penjagaan kesihatan komuniti diteruskan bagi menjamin akses saksama kepada perkhidmatan kesihatan.
Turut hadir:
* YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I Sabah
* YBrs. Dr Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
* YBrs. Dr Maria Suleiman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-23 09:05:02 daripada UKK Norhanita













