“Apabila kita menambah pilihan rawatan swasta yang mampu milik,kita galakkan mereka yang mampu dan mahu menggunakan perkhidmatan swasta untuk beralih daripada bergantung sepenuhnya kepada sistem kesihatan awam.Dengan cara ini ,sumber awam yang terhad boleh lebih difokuskan kepada golongan B40 dan m40 yang lebih memerlukan”-YBMK
18 Jun 2025- Malaysia mengambil langkah proaktif menangani kenaikan kos perubatan dan memperkukuh sistem kesihatan negara menerusi pembentangan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam Panel 7: Sasana Symposium 2025.
- Sorotan Utama:
- Kerjasama Menyeluruh – Pendekatan seluruh negara melibatkan sektor awam dan swasta.
- Kos Terkawal, Kualiti Dipertingkat – Peralihan ke penjagaan kesihatan berasaskan nilai (value-based healthcare).
- Pilihan Mampu Milik – Pelancaran produk asas Insurans dan Takaful Kesihatan (MHIT).
- Kurangkan Kesesakan – Inisiatif Rakan KKM bantu memberi fokus kepada pesakit yang memerlukan.
- “Electronic Medical Record” (EMR) – Agenda “Satu Pesakit, Satu Rekod” diteruskan demi rawatan berkualiti.
Setiap inisiatif ini memastikan setiap sen dibelanjakan memberi nilai yang terbaik, sama ada di fasiliti awam atau swasta dan ke arah sistem kesihatan yang lebih inklusif, saksama dan mampan.
Sesi ini telah dikendalikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman, Presiden dan Ketua Eksekutif, Universiti Monash Malaysia, turut menampilkan:
- YBhg. Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor, Bank Negara Malaysia (BNM);
- YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan (MOF); dan
- YBrs. Tuan Aakash Mohpal, Pakar Ekonomi Kanan, Bank Dunia (The World Bank).
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-23 09:12:55 daripada UKK Norhanita













