18 Jun 2025 — YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan bersama YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, telah menyertai Program Jom Sihat Bersama Komuniti yang berlangsung di Pisompuruan Square, Tambunan, Sabah.
- Program ini menghimpunkan kira-kira 100 penduduk tempatan dalam sesi senamrobik yang diketuai pasukan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Tujuan utama program ini:
- Menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan masyarakat setempat
- Memupuk budaya hidup sihat berasaskan prinsip ANMS agar kesejahteraan fizikal dan mental sentiasa terpelihara
KKM komited untuk terus memperluas pelaksanaan ANMS ke seluruh pelosok negara demi melahirkan rakyat Malaysia yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.
Turut hadir:
* YBrs. Pn Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan
* YBrs. Dr Maria Suleman, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #AgendaNasionalMalaysiaSihat #ANMS
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-06-23 09:25:36 daripada UKK Norhanita












