MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA DARIPADA DELEGASI KERAJAAN UGANDA KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

18 Jun 2025 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima lawatan kerja daripada delegasi Kerajaan Uganda yang diketuai oleh P.Y.T Alice Karamuzi Kabuyo, Menteri Negeri Luweero Triangle dan Rwenzori Region. Kehadiran lima (5) orang delegasi ini disambut oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab.

Lawatan ini bertujuan mempelajari sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Delegasi diberi taklimat mengenai sistem kesihatan negara, transformasi sektor kesihatan serta pengurusan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit .

Perbincangan turut merangkumi Kertas Putih Kesihatan, cabaran sektor kesihatan serta inisiatif seperti Rakan KKM, pendigitalan, penjagaan primer dan perubatan tradisional serta komplimentari.

Delegasi turut melawat Klinik Kesihatan Presint 9 untuk melihat secara langsung operasi sistem kesihatan Malaysia. Lawatan ini menjadi platform mempromosikan keupayaan Malaysia dalam bidang kesihatan melalui diplomasi global, selaras dengan nilai MADANI iaitu kemampanan dan daya cipta.

KKM kekal komited menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh dan berteknologi tinggi, serta terbuka kepada perkongsian ilmu dari negara lain.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-06-23 10:05:57 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page