MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SIMPOSIUM KEJURURAWATAN KE-9 ANJURAN KPJ HEALTHCARE DAN KPJ UNIVERSITY DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PEDIATRIK MALAYSIA

“Kita tidak boleh bina sistem kesihatan kukuh tanpa menjaga jururawat.Mereka bukan kos,tetapi pelaburan  masa depan negara,”-YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

19 Jun 2025 — Simposium Kejururawatan Ke-9 anjuran KPJ Healthcare dan KPJ University dengan kerjasama Persatuan Pediatrik Malaysia berlangsung jayanya, menghimpunkan ratusan jururawat dan profesional kesihatan dari seluruh negara.

Bertemakan “Caring for Nurses, Strengthen Economies”, simposium ini menekankan peranan penting jururawat bukan sahaja dalam kesihatan tetapi juga sebagai pemangkin ekonomi negara.

Sorotan Isu Penting:

Perubahan Global : WHO jangka keperluan 10 juta jururawat menjelang 2030 — peluang untuk Malaysia melatih lebih ramai jururawat berkualiti.

Pemangkin Pembaharuan : Cabaran sistemik mendorong reformasi dasar dan pelaburan kesejahteraan tenaga kesihatan.

Pengiktirafan Jururawat Swasta : Beban kerja yang tinggi diberi perhatian melalui latihan, sokongan emosi dan pengiktirafan.

Profesionalisme : Jururawat dihormati sebagai penjaga nyawa dan simbol nilai kemanusiaan.

Komitmen KKM:

  • Penambahbaikan Tenaga Kerja : Pengambilan dan pengekalan jururawat diperkasa, peluang latihan dan biasiswa diperbanyak, sokongan kesihatan mental dan pembangunan kerjaya diberikan, serta pengiktirafan kecemerlangan merentas sektor.
  • Perluasan Peranan : Jururawat diberi peranan dalam penjagaan primer, promosi kesihatan, paliatif, warga emas, dan kesihatan mental.
  • Pembaharuan Dasar : Selaras Kertas Putih Kesihatan dan Pelan Strategik 2021–2025, fokus pada ketahanan tenaga kerja dan kerjasama awam-swasta.

Turut hadir:

* YBrs Encik Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan, KPJ Healthcare Berhad

* Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr Azizi Haji Omar, Ahli Lembaga Pengarah, KPJ Healthcare Berhad

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-06-23 13:41:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page