“Sudah masanya kita beralih dari orientasi rawatan kepada pencegahan dengan menjadikan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif sebagai asas kehidupan harian”-YBMK
21 Jun 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat KKM 2025 di Mydin Meru Raya, Perak, yang bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan pemakanan sihat dalam mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD).
Sorotan Fakta:
- Lebih 53.6% rakyat Malaysia dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
- Hanya 12.2% dewasa mengambil sayur mengikut saranan WHO.
- 47% dewasa mengambil gula melebihi 7½ sudu teh sehari (majoritinya daripada minuman).
Fokus KKM Tahun Ini:
- Mendidik rakyat mengutamakan buah-buahan dan sayur-sayuran;
- Mengamalkan budaya memasak di rumah;
- Memerangi tabiat makan lewat malam dan pengambilan gula berlebihan; dan
- Memperluas kerjasama strategik dengan pasar raya dan industri F&B.
Inisiatif-Inisiatif KKM:
- MyMeal dan Healthy Dining Program;
- Healthier Choice Logo (HCL); dan
- War on Sugar.
Semoga budaya pemakanan sihat ini menjadi norma baharu masyarakat demi Malaysia yang lebih sihat dan sejahtera.
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #SihatBersama #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #MakanSihatGiatAktif #BulanPemakananMalaysia2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-06-23 14:42:51 daripada UKK Norhanita
















