“Kita menyedari keperluan mendesak untuk memodenkan strategi pengurusan tenaga kesihatan negara. Laporan yang disediakan ini menjadai asas yang kukuh untuk kita bergerak ke hadapan dengan dasar yang lebih progresif dan inklusif.”-YBMK
24 Jun 2025 — Laporan komprehensif berkenaan Masa Depan Tenaga Kerja Kesihatan di Malaysia: Pelan Hala Tuju Strategik (The Future of Health Workforce in Malaysia: A Strategic Roadmap) telah diserahkan kepada YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), Putrajaya.
Antara Cadangan Utama:
- Penubuhan sebuah badan bebas untuk mengurus sumber manusia kesihatan negara;
- Pembangunan pangkalan data tenaga kerja kesihatan yang bersepadu;
- Penambahbaikan sistem pelesenan dan pendaftaran untuk para profesional kesihatan; dan
- Pemerkasaan peranan petugas kesihatan di peringkat komuniti.
Laporan ini akan dijadikan sebagai antara rujukan utama oleh KKM untuk menggubal dasar-dasar baharu. Setiap cadangan yang diberikan akan diteliti untuk pelaksanaan secara berfasa bagi memastikan kelancaran proses reformasi perkhidmatan kesihatan.
Turut hadir:
* YBhg Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan
* YBhg Profesor Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi SEG
* YBrs Profesor Dr. Elil Renganathan, Pengerusi SEG
* YBhg Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM
* YBrs Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-06-26 15:57:52 daripada UKK Norhanita















