MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SINERGI ANTARA KKM DAN EXCO KESIHATAN NEGERI PEMACU AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DI IBU PEJABAT KKM, PUTRAJAYA.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua Exco Kesihatan Negeri atas komitmen dan kerjasama erat yang sentiasa diberikan dalam menjayakan agenda kesihatan nasional “-YB Menteri Kesihatan

26 Jun 2025 – YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama EXCO Kesihatan Negeri Bil. 1/2025 di Ibu Pejabat KKM, Putrajaya. Turut hadir YB Timbalan Menteri Kesihatan, barisan EXCO Kesihatan Negeri dan pegawai kanan KKM.

  • Mesyuarat berkala ini menjadi platform kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam memperkasakan sistem kesihatan negara.
  • Fokus utama adalah memperkukuh komitmen bersama dalam penyelarasan dasar, perkongsian maklumat dan akauntabiliti menangani isu kesihatan awam yang semakin kompleks.
  • Tiga perkara utama yang dibincangkan:
  1. Projek Pembangunan Kesihatan – status pelaksanaan dan perbelanjaan projek di bawah RP5 RMK12;
  2. Inisiatif Sumber Manusia – usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan KKM;
  3. Isu Kesihatan Awam – termasuk COVID-19, denggi, pemakanan sihat, kawalan merokok, kesihatan mental dan imunisasi Measles Rubella.

KKM komited menjadikan sesi ini sebagai pendekatan kolaboratif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan secara holistik.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaMadani #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #AgendaNasionalMalaysiaSihat #ANMS

image image image

Kemaskini pada 2025-07-02 09:56:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page