25 Jun 2025 — YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Nanga Kara dan Nanga Wak, dua fasiliti penting yang menyediakan rawatan primer kepada komuniti pedalaman Pakan.
Klinik Kesihatan Nanga Kara Beroperasi sejak 1978 hasil gotong-royong penduduk dan dirasmikan pada 12 Mei 1979. Terletak 34km dari Pekan Pakan dan 84km dari Sarikei, klinik ini melayani lebih 2,300 penduduk dari 29 rumah panjang dan 4 sekolah rendah .
Klinik seluas 2 ekar ini menghadapi kekangan liputan komunikasi dan bekalan air , namun kekal aktif menyediakan:
- Rawatan pesakit luar & susulan
- Lawatan kesihatan VHT
- Rujukan kes dengan ambulans
- Pemantauan NCD: 383 hipertensi, 101 diabetes, 7 asma
- Pendidikan kesihatan & pengumpulan data komuniti
Klinik Kesihatan Nanga Wak Ditubuhkan pada 1973 dan dirasmikan pada 23 Sept 1978, terletak 10km dari Pekan Pakan. Kini meliputi 44 rumah panjang dan 2 penempatan Cina, dengan populasi 2,684 orang .
Klinik seluas 2 hektar ini menerima bekalan elektrik sejak 2012 dan air bersih pada 2015 , serta berhampiran SK Nanga Wak .
Statistik lawatan pesakit luar: 5,144 (2023) dan 4,720 (2024).
Perkhidmatan merangkumi:
- Rawatan pesakit luar & susulan
- MCH & lawatan rumah oleh VHT
- Pemantauan NCD: 530 hipertensi, 128 diabetes, 273 hiperlipidemia, 23 jantung, 2 psikiatri
- Pendidikan & saringan kesihatan komuniti
Turut hadir:
* YB Tan Sri William Mawan anak Ikom, Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan
* YBrs Dr Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
* YBrs Dr Johny Anak Kelak, Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-02 10:09:58 daripada UKK Norhanita














