“Saya berbangga kerana projek ini berjaya disiapkan tepat pada masanya walaupun menghadapi cabaran Covid-19.Ia wajar dijadikan penada aras kepada projek lain” -YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
29 Jun 2025- KKM secara rasmi menerima penyerahan Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang daripada Kementerian Kerja Raya (KKR). Majlis disaksikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, dengan penyerahan oleh Pengarah Projek, YBrs. Ir. Suzzana binti Punari kepada Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad.
Penyerahan ini mencerminkan kejayaan kerjasama dua kementerian dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.
Fakta Hospital Pasir Gudang:
- 304 katil
- 8 Dewan Bedah, ICU, HDU, 8 jenis wad
- Mula beroperasi berperingkat mulai 1 Ogos 2025
- Hospital Pakar Major
Peranan Utama:
- Tambah hospital pakar di Johor kepada 8 buah
- Kurang kesesakan di Hospital Sultanah Aminah & Hospital Sultan Ismail
- Menampung pesakit tidak kritikal tetapi memerlukan rawatan segera
Dengan kos RM500 juta, hospital ini merupakan antara projek kesihatan penting untuk rakyat Johor.
Turut hadir:
* YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor
* YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor
* Ybhg Datuk Wira Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #ProjekSiapKKM
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-07-02 10:25:21 daripada UKK Norhanita














