“Kerjasama strategik dengan sektor swasta penting dalam usaha ini.MOU KKM-IHH mencerminkan semangat menggabungkan tanggungjawab awam dan kecemerlangan swasta demi manfaat pesakit.” -YB Menteri Kesihatan
7 Julai 2025 — Memorandum Persefahaman (MoU) Ke-3 telah dimeterai oleh KKM bersama IHH Healthcare Malaysia dalam komitmen memperluas akses terhadap rawatan kanser kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari hospital KKM.
Seramai 500 pesakit akan menerima rawatan percuma di 8 hospital IHH mulai 7 Julai 2025, menjadikan jumlah keseluruhan penerima manfaat sejak 2022 kepada 1,500 orang.
Kes:
- Tumor otak
- Metastasis otak
- Kanser kepala-leher
- Pelbagai jenis kanser lain (paru-paru, payudara, kolon, limfa)
Dari 2020-2024, lebih 165,000 kes kanser baharu direkod, majoritinya dikesan lewat - menjadikan rawatan lebih sukar, mahal dan kurang berkesan.
MoU ini memperkukuh kerjasama awam-swasta dalam usaha berterusan menangani kanser serta memperluas rawatan kepada pesakit di Malaysia, sejajar dengan nilai MADANI: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta dan Ihsan - satu tanggungjawab kolektif demi rakyat Turut hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
* YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
* YBhg Tan Sri Dr. Nik Norzul Thani bin N Hassan Thani, Pengerusi IHH Healthcare
* YBrs Dr. Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IHH Healthcare
* YBrs Encik Jean-Francois Naa, Ketua Pegawai Eksekutif, IHH Healthcare
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-08 11:22:30 daripada UKK Norhanita












