MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PERSIDANGAN KEBANGSAAN KESIHATAN AWAM KE-12 DAN NIH SCIENTIFIC CONFERENCE KE-26 DI PUTRAJAYA: AI DAN PENDIGITALAN TERAS REFORMASI KESIHATAN AWAM NEGARA

“Hasrat saya dan YAB Perdana Menteri adalah untuk menggalakkan penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan. AI bukan pengganti manusia, tetapi pemangkin transformasi kesihatan berfokus pencegahan awal, respons pantas, penggunaan sumber cekap dan rawatan bersasar.” - YB Menteri Kesihatan

8 Julai 2025- KKM terus komited mereformasikan sistem kesihatan awam dengan memanfaatkan teknologi terkini melalui Persidangan Kebangsaan Kesihatan Awam Ke-12 dan NIH Scientific Conference Ke-26, yang berlangsung dari 8–10 Julai 2025 di Putrajaya.

Dengan kehadiran lebih 800 peserta, persidangan bertemakan “Embracing The New Era: Advancing Public Health through AI and Digitalisation” memperlihatkan usaha negara membina sistem kesihatan mampan, responsif dan adil.

Intipati:

  1. AI dan digitalisasi kunci kepada sistem kesihatan awam inklusif, efisien dan bersasar
  2. Cloud-Based Clinical Management System (CCMS) digunakan di 80 klinik kesihatan
  3. 230 klinik dan 22 hospital laksana Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR)
  4. Institut Kesihatan Awam (NIH) melalui ICR bangunkan inisiatif AI seperti:

 • AI bunyi batuk (COVID-19)

 • Dr. Mata (retinopati diabetik)

 • AI kusta melalui imej kulit

NIH sedang bangunkan Trusted Research Environment (TRE)

Penyelidikan digital & akademik penting untuk dasar kesihatan lestari

Komitmen:

  • Transformasi kesihatan awam melalui teknologi
  • Perkasa penggunaan data dalam dasar dan perkhidmatan
  • Galak kolaborasi kerajaan–akademik–profesional
  • Sokong aspirasi MADANI: Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta
  • Libat semua pihak bina sistem berteraskan rakyat dan akauntabiliti

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen teguh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memperkasa sistem kesihatan awam negara melalui penerapan teknologi dan inovasi, demi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti, saksama dan berdaya tahan untuk seluruh rakyat Malaysia.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-07-09 10:18:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page