MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MYGENOM : ASET GENOMIK NEGARA KE ARAH PENJAGAAN KESIHATAN BERASASKAN DATA DAN INKLUSIVITI

11 Julai 2025 — KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarkan Projek MyGenom di Zon Sabah sebagai usaha strategik membina aset genomik negara.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Kertas Putih Kesihatan dan kerangka Malaysia MADANI yang menekankan sistem kesihatan adil, mampan dan berasaskan teknologi.

Intipati MyGenom:

  • Sabah sebagai zon keutamaan: Dipilih atas kepelbagaian genetik dan etnik, khususnya komuniti Bumiputera dan luar bandar yang kurang diwakili.
  • Kemajuan Fasa 1: 3,150 peserta dari Semenanjung dan Sarawak telah direkrut sejak Ogos 2024; sasaran keseluruhan ialah 3,600.
  • Penjujukan Genom Tempatan: 1,080 genom dijujuk setakat 19 Jun 2025, hasil pelaburan MOSTI dan kerjasama teknikal KKM.
  • Manfaat kepada kesihatan awam: Data digunakan untuk pengurusan penyakit seperti kanser, jantung, diabetes dan penyakit jarang jumpa.
  • Pembangunan dan kerjasama: Projek ini memperkukuh tenaga mahir dalam genomik serta kerjasama penyelidikan tempatan dan global.

KKM komited membangunkan sistem kesihatan negara yang inklusif, tepat dan beretika melalui pendekatan berasaskan data, kerjasama strategik pelbagai pihak, serta keterangkuman yang merangkumi kepelbagaian etnik, geografi dan latar belakang, demi merealisasikan masa depan sistem kesihatan yang lebih adil, mampan dan berpaksikan teknologi.

Turut Hadir:

* Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

* YBhg Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), KKM Merangkap Ketua Projek Penyelidikan MyGENOM KKM

* YBhg Datuk Ts Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI

* YBhg Prof. Datuk Wira Dr. Raha binti Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif National Institutes of Biotechnology Malaysia

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-07-14 14:08:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page