‘’Kita telah mencatat penurunan ke denggi sebanyak 58.6% dan kematina 67.7.% bagi separuh pertaam 2025 .Ini perkembangan positif ,namun usaha tidak boleh terhenti.”YB Menteri Kesihatan
12 Julai 2025 — Sempena Hari Denggi ASEAN 2025, Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Perumahan Awam Seri Kota, Bandar Tun Razak. Turut hadir YABhg Datin Seri Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen kawasan tersebut, bersama ahli Communication for Behavioural Impact (COMBI) dan komuniti setempat.
Saranan kepada Rakyat:
- Luangkan 10 minit setiap minggu untuk musnah tempat pembiakan Aedes.
- Amalkan gotong-royong berkala “One Hour Malaysia Clean Up”.
- Dapatkan rawatan segera jika demam – elak risiko komplikasi serius seperti Denggi Berdarah atau Sindrom Kejutan Denggi.
Statistik Kes Denggi:
- Peringkat Global (2000–2024):
- Kes meningkat: 505,430 ➝ 14.3 juta
- Kematian meningkat: 960 ➝ 9,508
- Kadar kematian global: 4.81 per sejuta penduduk
Malaysia (1 Jan – 5 Julai, 2024 vs. 2025):
- Kes menurun: 78,068 ➝ 32,299 (↓58.6%)
- Kematian menurun: 65 ➝ 21 (↓67.7%)
- Kadar kematian: 1.2 per sejuta penduduk
Dengan berteraskan nilai MADANI seperti Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan, Malaysia komited untuk mencapai sifar kematian akibat denggi.
Turut Hadir:
* YBhg Dato’ Sri Suriani Dato Ahmad, Ketua Setiausaha KKM
* YBrs Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
* YBrs Dr. Nor Aishah Abu Bakar, Pengarah Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-14 14:16:13 daripada UKK Norhanita
















