“Program BeBAs bertujuan meningkatkan kesedaran dan pematuhan pengusaha premis makanan terhadap kebersihan dan larangan merokok melalui kerjasama pelbagai pihak .”-YB Timbalan Menteri Kesihatan
12 Julai 2025 — YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau (31 Mei) & Hari Tibi Sedunia (24 Mac) serta Pelancaran Ops Cakna di Johor.
Matlamat sambutan adalah meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya tembakau dan penyakit tibi, menggalakkan gaya hidup sihat, dan memperkukuh kerjasama pelbagai agensi melalui kempen BeBAs, Premis Bersih Bebas Asap dan OPS Cakna.
Objektif sambutan:
- Tingkat kesedaran bahaya produk tembakau dan nikotin, khususnya kepada golongan muda.
- Galakkan persekitaran bebas asap rokok.
- Perkasa intervensi gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, pemakanan sihat, berhenti merokok dan kesihatan mental.
- Kukuh kolaborasi pelbagai agensi melalui kempen BeBAs dan OPS Cakna (Akta 852).
- Perkukuh sistem perkhidmatan kawalan tibi melalui pendekatan bersepadu.
OPS Cakna merupakan deklarasi KKM memperkasakan penguatkuasaan Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober 2024. Akta ini mempertingkatkan kawalan terhadap produk merokok termasuk vape.
Inisiatif strategik:
- Program KOTAK bersama KPM melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.
- Kerjasama dengan NGO dan agensi profesional seperti NCSM, MMA, PEMADAM, KENVUE, Johnson & Johnson dan lain-lain.
Pendekatan whole-of-nation ini diharap dapat memupuk nilai MADANI serta melindungi kesihatan generasi muda negara.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-14 14:25:47 daripada UKK Norhanita
















