MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 TERENGGANU: KKM RAIH TEMPAT KETIGA ANUGERAH RERUAI PERKHIDMATAN PMR TERBAIK

“MADANI bukan sekadar agenda pembangunan semata-mata,tetapi turut menitikberatkan aspek akhlak dan nilai murni.Prinsip inilah yang menjadi pegangan kita,dan saya yakin semua kakan terus memberikan sokongan dan kerjasama yang terbaik.” -YAB PMX

12 Julai 2025 — Program Madani Rakyat 2025 Terengganu melabuhkan tirainya menerusi Majlis Perasmian Penutupan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Turut sama menyantuni petugas dan pengunjung di reruai KKM ialah YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM serta YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Seramai 29,227 pengunjung direkodkan hadir ke Program MADANI Rakyat 2025 Terengganu. Pecahan harian pengunjung adalah seperti berikut:

  • 10 Julai 2025 - 6,637 orang
  • 11 Julai 2025 - 12,454 orang
  • 12 Julai 2025 - 10,136 orang

Reruai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya meraih tempat ketiga dalam Anugerah Reruai Perkhidmatan PMR Terbaik 2025 Terengganu, yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi warga KKM dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berintegriti kepada seluruh rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung reruai KKM yang telah hadir memeriahkan program ini. Komitmen ini akan terus diperkukuh demi memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti, inklusif dan berteraskan nilai MADANI untuk seluruh rakyat Malaysia.

#ProgramMadaniRakyat #PMR2025Terengganu #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-07-15 14:54:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page