Sibuti, 14 Julai 2025 — Beberapa lokasi dikenal pasti sebagai cadangan tapak pembinaan Hospital Sibuti di Daerah Subis, antaranya di sekitar Simpang Ngu, Batu Niah, Saeh dan kawasan berhampiran Klinik Kesihatan Tun Abang Haji Openg (TAHO), dan keputusan muktamad dijangka dibuat dalam masa terdekat .
- Hospital Sibuti dijangka akan dapat memanfaatkan lebih kurang 61,123 orang penduduk disekitar memandangkan ketika ini keperluan rawatan intensif hanya dapat dipenuhi di Hospital Miri, yang jaraknya melebihi 50 kilometer.
- Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni telah melakukan tinjauan ke beberapa tapak cadangan, dan seterusnya akan memperhalusi aspek kesesuaian lokasi bagi memastikan pemilihan tapak yang paling optimum.
- Lawatan ini diharap dapat mempercepatkan usaha penambahbaikan dan pemerkasaan mutu perkhidmatan kesihatan di Sibuti serta kawasan sekitarnya.
Turut hadir:
* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
* YBrs Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam)
* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-07-15 15:08:41 daripada UKK Norhanita












