MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KEMUDAHAN BAHARU KK SEPUPOK : AKSES KESIHATAN LEBIH SELESA UNTUK PENDUDUK NIAH

Niah, 14 Julai 2025 – YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan baharu bagi Klinik Kesihatan (KK) Sepupok, yang dijangka memberikan persekitaran rawatan yang lebih kondusif kepada penduduk setempat.

Fasiliti baharu ini akan menggabungkan Klinik Kesihatan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KIA) dalam satu bangunan yang direka bentuk untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keselesaan pesakit.

Latar Belakang:

  • Mula beroperasi pada 23 Disember 2014, memberi perkhidmatan kepada lebih 15,000 penduduk sekitar.
  • Terletak 140km dari Hospital Miri.
  • Menerima purata sehingga 100 pesakit setiap hari.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Unit pesakit luar
  • Unit Kesihatan Ibu dan Anak
  • Perkhidmatan Penjagaan Luka
  • Radiologi
  • Perkhidmatan Kecemasan

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan akses dan mutu perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

Turut hadir:

* YBhg Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)

* YBrs Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam)

* YBrs Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image

Kemaskini pada 2025-07-15 15:14:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page